Gema Semua Maklumat

Terima set golf RM45,000: KP JPJ dipanggil kali kedua

Terima set golf RM45,000: KP JPJ dipanggil kali kedua

KUALA LANGAT, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi memanggil Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron untuk diambil keterangan atas dakwaan menerima set golf bernilai RM45,000.

Nadzri berkata, beliau tampil sekali lagi di ibu pejabat SPRM Selangor pada pagi Jumaat lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

“Saya telah dipanggil untuk memberi kenyataan dua hari berturut-turut selepas yang pertama pada Khamis dan kemudian saya pergi ke pejabat SPRM Selangor sekali lagi pada keesokan harinya (Jumaat).

“Kedua-dua sesi berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Dilaporkan sebelum ini bahawa beberapa lagi individu termasuk pegawai JPJ akan dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

The post Terima set golf RM45,000: KP JPJ dipanggil kali kedua appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terima set golf RM45,000: KP JPJ dipanggil kali kedua
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Terima set golf RM45,000: KP JPJ dipanggil kali kedua"

Back To Top