Gema Semua Maklumat

157 mati terbakar, puluhan cedera apabila lori tangki minyak meletup

157 mati terbakar, puluhan cedera apabila lori tangki minyak meletup

KARACHI, 3 Ramadan 1438H, Selasa – Jumlah mangsa yang maut selepas lori tangki minyak terbakar dan meletup ketika dalam perjalanan dari selatan Karachi ke Lahore ibu kota wilayah Punjab pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Pakistan, kini mencecah 157 orang.

Lori tangki itu yang membawa 25,000 liter minyak petrol dilaporkan terbabas sebelum terbalik di lebuh raya di pinggir bandar Bahawalpur, Ahad lalu, menyebabkan petrol dibawa tumpah.

Ratusan penduduk berkejar ke tempat kejadian untuk mengumpul petrol sebelum api menyala dan lori tangki itu meletup.

Pegawai perubatan Hospital Nishter di bandar Multan 100 kilometer dari tempat kejadian, Dr Nahid Ahmed berkata, empat mangsa yang dibawa ke hospital berkenaan meninggal dunia malam tadi, manakala 50 mangsa lagi masih dirawat kerana terbakar di seluruh badan.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan itu dan yang melalui tempat kejadian, mula mengumpul minyak yang tumpah sebelum lori berkenaan meletup, membakar mereka,” kata jurucakap kerajaan, Malik Muhammad Ahmed Khan.

Penduduk yang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak. Saksi berkata, kira-kira 30 motosikal penduduk turut musnah. – Agensi

The post 157 mati terbakar, puluhan cedera apabila lori tangki minyak meletup appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 157 mati terbakar, puluhan cedera apabila lori tangki minyak meletup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "157 mati terbakar, puluhan cedera apabila lori tangki minyak meletup"

Back To Top