SHAH ALAM, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Kira-kira 300 hadir pada majlis berbuka puasa ‘Iftar Perdana Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)’ yang diadakan di Carlton Holiday Hotel and Suites, baru-baru ini.
Majlis anjuran Biro Luar Negara (BLN) itu merupakan kali ke-5 diadakan dengan tujuan meraikan seluruh warga BLN yang terdiri daripada alumni-alumni graduan universiti luar negara serta penuntut universiti di luar negara yang pulang ke tanah air bercuti sempena cuti semester dan juga para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Majlis iftar kali ini turut menyaksikan penubuhan dua buah persatuan alumni baru iaitu Alumni Pelajar AS – Kanada (ALASKA) dan Alumni Pelajar Korea Jepun (HANA), yang disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Bin Ismail, Ketua Biro Sistem Usrah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Dengan bertemakan slogan “Bersama Menghadapi Cabaran”, buat julung-julung kalinya majlis iftar kali ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian Anugerah Cemerlang.
“Sebanyak 10 kategori anugerah telah dipertandingkan untuk menghargai usaha para alumni, mahasiswa dan mahasiswi, yang sangat komited dalam menyumbangkan tenaga dalam membangunkan amal dakwah baik menerusi cawangan Isma dalam negara mahupun luar negara.
“Majlis juga diserikan dengan persembahan istimewa iaitu deklamasi sajak di dalam enam bahasa berlainan iaitu Jepun, Korea, Tamil, English, Maori dan Arab.
“Para jemputan turut bertuah kerana dihiburkan dengan beberapa buah nasyid dendangan kumpulan yang kini sedang melonjak naik namanya di persada industri nasyid tanah air, Rabithah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan BLN.
The post 300 hadirin meriahkan majlis berbuka puasa Biro Luar Negara Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 300 hadirin meriahkan majlis berbuka puasa Biro Luar Negara Isma
0 Komentar untuk "300 hadirin meriahkan majlis berbuka puasa Biro Luar Negara Isma"