Gema Semua Maklumat

SPRM akan panggil beberapa individu lagi

SPRM akan panggil beberapa individu lagi

KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Beberapa saksi dan individu akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya dalam proses mengkaji dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti berhubung siasatan, sebelum tindakan lanjut diambil.

“Semua pihak harus memberi masa dan ruang kepada pasukan penyiasat serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azam berkata, SPRM juga sudah memulakan siasatan terhadap beberapa individu susulan maklumat terbaru yang diperoleh.

“Pegawai SPRM sudah menggeledah ibu pejabat FGV semalam dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, SPRM mengambil tempoh selama lapan jam untuk menggeledah ibu pejabat FGV di Menara Felda dan merampas kira-kira empat kotak serta tiga beg dokumen penting.

The post SPRM akan panggil beberapa individu lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM akan panggil beberapa individu lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM akan panggil beberapa individu lagi"

Back To Top