IPOH, 3 Syawal 1438H, Selasa – Sebanyak 53,101 saman trafik dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat 11/2017 setakat hari ke sembilan operasi itu semalam.
Ketua Operasi Subtek Zon Tengah, Superintenden Mohd. Radi Abd. Rahman berkata, jumlah berkenaan membabitkan pengguna jalan raya di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, ia sekaligus menunjukkan penurunan sebanyak 15,701 saman berbanding tahun lalu dengan 37,400 saman dikeluarkan.
“Terdapat penurunan kemalangan maut iaitu sebanyak 22 kes atau 37 peratus dan penurunan kematian sebanyak 23 kes atau 38 peratus di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Perak berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Bagaimanapun terdapat peningkatan jumlah kemalangan sebanyak 729 kes atau 12 peratus iaitu 6,800 kemalangan pada tahun ini berbanding 6,071 kemalangan tahun lalu,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 14,965 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju merekodkan jumlah tertinggi, diikuti tidak mematuhi lampu isyarat dengan 1,000 saman dan menggunakan alat komunikasi (588).
The post 53,101 saman trafik dikeluarkan sepanjang Op Selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 53,101 saman trafik dikeluarkan sepanjang Op Selamat
0 Komentar untuk "53,101 saman trafik dikeluarkan sepanjang Op Selamat"