KUALA LUMPUR, 3 Syawal 1438H, Selasa – Penyiasatan terhadap insiden kegagalan enjin pesawat AirAsia X jenis Airbus 330 (A330) dijangka selesai November ini.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, siasatan mengenai enjin pesawat berkenaan akan menfokuskan kepada tiga komponen.
“Rentetan daripada insiden berkenaan, kita bahagikan sektor penyiasatan kepada tiga iaitu mengambil keterangan kakitangan yang terbabit dan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap enjin pesawat.
“ATSB sudah membuat turun maklumat daripada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) untuk dianalisis,” katanya dalam satu kenyataan.
ATSB berkata, pihaknya memandang serius insiden jam 8.16 pagi waktu tempatan Ahad lalu, meskipun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pesawat AirAsia milik Malaysia dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
The post Siasatan AirAsia X dijangka selesai November appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Siasatan AirAsia X dijangka selesai November
0 Komentar untuk "Siasatan AirAsia X dijangka selesai November"