Gema Semua Maklumat

‘Adakah anda bersama kami atau Qatar’: Soal Arab Saudi

‘Adakah anda bersama kami atau Qatar’: Soal Arab Saudi

JEDDAH, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi kata dua kepada Pakistan mengenai isu Qatar. Dalam usaha memaksa Nawaz Sharif menyatakan pendiriannya, Raja Salman bertanya ‘adakah anda bersama kami atau Qatar?’, lapor Express Tribune.

Raja Salman bertanya demikian ketika pertemuan dua pemimpin itu di Jeddah baru-baru ini sebagai sebahagian langkah mencari jalan penyelesaian secara diplomatik berhubung krisis Qatar.

“Pakistan memberitahu Arab Saudi mereka tidak mengambil pendirian memihak dalam krisis diplomatik Timur Tengah selepas Riyadh bertanya kepada Islamabad mengenai perkara itu,” kata akhbar berkenaan.

Pakistan mengambil langkah berhati-hati sejak Arab Saudi dan beberapa sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Bagaimanapun, Arab Saudi mahu Pakistan memihak kepadanya.

Memetik kenyataan pegawai kanan kerajaan yang diberi taklimat mengenai perbincangan kedua-dua pemimpin itu di Jeddah, Express Tribune berkata, Pakistan tidak akan mengambil pendirian memihak dalam isu-isu yang boleh mencetuskan perpecahan di kalangan dunia Islam.

“Bagaimanapun, dalam usaha menenangkan Arab Saudi, Pakistan menawarkan untuk mengunakan pengaruhnya ke atas Qatar bagi meredakan keadaan. Untuk tujuan itu, Perdana Menteri akan melawat Kuwait, Qatar dan Turki,” kata akhbar itu.

Sementara itu, di KAHERAH, rejim Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi menggesa pemimpin Teluk supaya turut memutuskan hubungan dengan Turki yang memberi sokongan kepada Qatar, lapor New Arab.

Al-Sisi membangkitkan perkara itu pada pertemuan dengan Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa di Kaherah, kata pegawai diplomatik.

Mereka juga berkata, Al-Sisi mendesak kempen pengasingan Arab mengambil tindakan selepas menuduh Turki memberi dana dan menyokong kumpulan yang diklasifikasi sebagai pengganas, seperti Ikhwanul Muslimin atau pertubuhan di Syria. – Agensi

The post ‘Adakah anda bersama kami atau Qatar’: Soal Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Adakah anda bersama kami atau Qatar’: Soal Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Adakah anda bersama kami atau Qatar’: Soal Arab Saudi"

Back To Top