Gema Semua Maklumat

KPDNKK bakal umum formula baharu untungkan semua pihak dalam industri minyak

KPDNKK bakal umum formula baharu untungkan semua pihak dalam industri minyak

LARUT, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bakal mengumumkan satu formula baharu yang dijangka bakal menguntungkan semua pihak termasuk pengguna, pengusaha stesen serta syarikat minyak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ianya merupakan satu usaha untuk menstabilkan industri minyak negara.

Formula yang akan diumumkan pada minggu depan itu, menurutnya, diharap dapat diterima oleh semua pihak kerana ia dilakukan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Saya sedang mencari satu formula dan insyaAllah, saya akan bincang sekali lagi dengan syarikat-syarikat minyak.

“Pada minggu lepas, saya sudah berbincang dengan mereka, begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Jadi, minggu depan adalah perbincangan terakhir dengan syarikat-syarikat minyak. Maka, saya akan umumkan bagaimana untuk menstabilkan industri kita ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pengagihan zakat Bank Rakyat kepada 1,530 asnaf Parlimen Larut di Arena Batu Kurau di sini, hari ini.

The post KPDNKK bakal umum formula baharu untungkan semua pihak dalam industri minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPDNKK bakal umum formula baharu untungkan semua pihak dalam industri minyak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPDNKK bakal umum formula baharu untungkan semua pihak dalam industri minyak"

Back To Top