RIYADH 17 Ramadan 1438H, Isnin – Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan arahan mengharam semua buah buku karya tokoh ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi.
Melalui surat pekeliling yang ditandatangani Menteri Pendidikan, Ahmed Mohammed Al-Issa, semua institusi pendidikan diarahkan untuk mengeluarkan buku-buku tersebut dari sekolah, universiti dan perpustakaan.
Pengharaman itu dibuat selepas Arab Saudi dan beberapa negara sekutu lain mendakwa Qatar menyokong aktiviti keganasan.
Ia juga dilaporkan berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pemerintah Arab disebabkan sokongan Qatar terhadap Ikhwanul Muslimin, pergerakan politik yang mengambil alih kuasa di Mesir untuk beberapa bulan selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak.
Dr Qaradawi merupakan ulama kelahiran Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya selepas hidup dalam buangan untuk beberapa dekad.
Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.
Beliau menerima pengiktirafan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahkan kepadanya Tokoh Maal Hijrah pada 2009.
Selain Dr Qaradawi, 58 individu dan 12 pertubuhan lain rurut dituduh terlibat mendokong keganasan dalam senarai yang dikeluarkan Arab Saudi dan beberapa kuncu Amerika Syarikat seperti Bahrain, Mesir dan UAE, dalam usaha meningkatkan serangan diplomatik ke atas Qatar. -Agensi
The post Arab Saudi haram semua buku Qaradawi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi haram semua buku Qaradawi
0 Komentar untuk "Arab Saudi haram semua buku Qaradawi"