Gema Semua Maklumat

Mufti Wilayah sedia jumpa Zamihan

Mufti Wilayah sedia jumpa Zamihan

BANGI, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

Pertemuan itu katanya, bagi merungkai salah faham berhubung beberapa isu termasuk kenyataan yang mendakwa ‘Mufti mengharamkan untuk membaca surah al-Fatihah selepas solat’.

Jelas Dr. Zulkifli, beberapa kenyataan Zamihan didapati seakan tersasar daripada maksud sebenar yang ingin dinyatakan sekali gus tidak menggambarkan pendirian pihaknya dalam isu-isu tersebut.

“Berhubung kenyataan bacaan surah al-Fatihah selepas solat, kami dapati, ia berpunca daripada dua faktor iaitu tidak membaca keseluruhan artikel yang kami keluarkan dan hanya bergantung kepada sebaran di media sosial semata-mata.

“Kami mempersilakan Ustaz Zamihan untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi merungkai salah faham dan isu-isu yang dibangkitkan, yang sedikit sebanyak mencalarkan imej kami selaku Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan .

Bagaimana Dr. Zulkifli berkata, tujuan pertemuan tersebut hanya mahu mencari keharmonian dan penyelesaian bagi salah faham yang berlaku.

Ini kerana, katanya, jika kemelut ini berpanjangan, ia akan mengeruhkan hubungan sesama muslim.

“Kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan te­rus tetap atas asas kebenaran dan tidak ada masalah untuk terus menghormati pandangan yang berbeza atas masalah ijtihad,” katanya.

The post Mufti Wilayah sedia jumpa Zamihan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mufti Wilayah sedia jumpa Zamihan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mufti Wilayah sedia jumpa Zamihan"

Back To Top