Gema Semua Maklumat

Askar Zionis tembak mati dua remaja Palestin, polis Israel parah ditikam

Askar Zionis tembak mati dua remaja Palestin, polis Israel parah ditikam

JERUSALEM, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Dua remaja Palestin ditembak mati, manakala seorang lagi cedera selepas mereka didakwa menikam seorang anggota polis wanita rejim Israel dan melepaskan tembakan di luar kota lama Jerusalem, semalam.

Serangan terhadap polis wanita itu berlaku di luar Pintu Damascus di Timur Jerusalem. Anggota polis berkenaan cedera parah dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Dua remaja Palestin itu berusia 18 dan 19 tahun dari perkampungan Deir Abu Mashal dan Shuqba di kawasan Ramallah di tengah Semenanjung Gaza ditembak mati, manakala seorang lagi berusia 30 tahun yang tinggal di Hebron, cedera dan dirawat di hospital.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis cedera, termasuk seorang yang parah, selepas ditikam dan ditembak. – Agensi

The post Askar Zionis tembak mati dua remaja Palestin, polis Israel parah ditikam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Askar Zionis tembak mati dua remaja Palestin, polis Israel parah ditikam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Askar Zionis tembak mati dua remaja Palestin, polis Israel parah ditikam"

Back To Top