Gema Semua Maklumat

Kementerian Pendidikan, Jakim tubuh jawatankuasa perkemas Kafa

Kementerian Pendidikan, Jakim tubuh jawatankuasa perkemas Kafa

PADANG TERAP, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi tujuan memperkemaskan program Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sekolah, dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jakim akan menggerakkan usaha itu menerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai).

“Satu jawatankuasa kerja akan dibentuk antara Jakim dan Kementerian Pendidikan selepas itu kita akan bincang tentang kaedah memperkemaskan program Kafa kepada satu sistem.

“Lepai di bawah Majlis Raja-raja Melayu apabila siap akan persembahkan kepada Raja-raja Melayu. Kita nak perkemaskan Kafa di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 565 individu terdiri daripada imam, guru Kafa, pegawai masjid dan guru agama.

The post Kementerian Pendidikan, Jakim tubuh jawatankuasa perkemas Kafa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Pendidikan, Jakim tubuh jawatankuasa perkemas Kafa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kementerian Pendidikan, Jakim tubuh jawatankuasa perkemas Kafa"

Back To Top