Gema Semua Maklumat

Dr Ting kekal ADUN Pujut

Dr Ting kekal ADUN Pujut

KUCHING, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Mahkamah Tinggi Kuching hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon yang dipecat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Mei lalu, dikembalikan statusnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Hakim, Datuk Douglas Christo Primus Sikayun berkata, tindakan membatalkan kelayakan Dr Ting adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan keadilan hak asasi.

Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati Dr Ting tidak diberi ruang sepenuhnya bagi membela diri yang didakwa memiliki kewarganegaraan Australia.

Selain itu, katanya, Dr Ting dinafikan hak mendapat keadilan asasi bagi membela dirinya atas dakwaan memiliki kewarganegaraan negara berkenaan.

Jelas beliau lagi, speaker membuat takrifan perundangan yang tidak tepat berkenaan hal kewarganegaraan.

“Speaker tidak sepatutnya membawa isu kewarganegaraan pemohon dalam perdebatan DUN kerana isu itu memerlukan kajian lebih mendalam. Speaker tidak sepatutnya menjadi ‘pendakwa raya’.

“Hal kewarganegaraan, adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Speaker membuat keputusan kurang tepat dalam mentakrifkan undang-undang mengenai kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan, ” katanya.

Sehubungan itu, hakim menegaskan, tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, beikutan Dr Ting dikembalikan kedudukan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

The post Dr Ting kekal ADUN Pujut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dr Ting kekal ADUN Pujut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dr Ting kekal ADUN Pujut"

Back To Top