Gema Semua Maklumat

Kempen #QuranHour: Pemimpin perlu main peranan ajak masyarakat dalami Islam

Kempen #QuranHour: Pemimpin perlu main peranan ajak masyarakat dalami Islam

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Pemimpin diminta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk membina masyarakat serta keluarga berlandaskan ajaran Islam.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, matlamat itu boleh dicapai dengan mengajak masyarakat dan keluarga untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan harian.

“Apa yang saya mahukan adalah mencipta sebuah ekosistem masyarakat yang memahami landasan agama mereka.

“Salah satu cara untuk memahami agama adalah dengan mendekati dan mengamalkan al-Quran setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena kempen Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Isnin ini.

Jelas beliau, kempen itu bukan sahaja dijalankan di masjid berkenaan, malah gerakan itu turut berjalan di seluruh negara.

“Program bermula 12 tengah hari, 19 Jun ini bersamaan 24 Ramadan. Ia merupakan kesinambungan kempen yang kami adakan sejak dua tahun lalu. Ia menandakan momentum gerakan Quran Hour ini semakin besar,” katanya.

The post Kempen #QuranHour: Pemimpin perlu main peranan ajak masyarakat dalami Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kempen #QuranHour: Pemimpin perlu main peranan ajak masyarakat dalami Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kempen #QuranHour: Pemimpin perlu main peranan ajak masyarakat dalami Islam"

Back To Top