Gema Semua Maklumat

ESSCOM buru 18 penjenayah warga asing

ESSCOM buru 18 penjenayah warga asing

LAHAD DATU, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai baharu 18 individu warga asing yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Turut tersenarai ialah ketua kumpulan Abu Sayaf di Basilan, Isnilon Hapilon dan ketua kumpulan militan Maute di Marawi City, Filipina iaitu Abdullah Maute.

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, nama Isnilon dan Abdullah Maute turut tersenarai kerana dikhuatiri mereka akan melarikan diri ke mana-mana negara termasuk ke Malaysia melalui Sabah.

Ini adalah ekoran tindakan ketenteraan oleh kerajaan Filipina bagi menghapuskan pemberontak Maute di Marawi City.

“Susulan tindakan ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Filipina di Marawi City, kita khuatir mereka ini akan melarikan diri ke negara kita sama ada menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau nelayan asing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, termasuk menjejaki mereka.

The post ESSCOM buru 18 penjenayah warga asing appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ESSCOM buru 18 penjenayah warga asing
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "ESSCOM buru 18 penjenayah warga asing"

Back To Top