Gema Semua Maklumat

Suri rumah didakwa tipu pakej haji, umrah

Suri rumah didakwa tipu pakej haji, umrah

AMPANG, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Padah menipu tawaran pakej ibadah haji dan umrah, seorang suri rumah didakwa atas tujuh pertuduhan di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.

Rashimah Lili Mohamed Ali, 44, didakwa menyembunyikan atau memindahkan wang milik tiga wanita berhubung tawaran pakej ibadah haji dan umrah berjumlah hampir RM35,000.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali ddan Haslinda A Raof.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Rashimah didakwa menyembunyikan atau memindahkan harta bukan miliknya melalui akaun Bank Islam.

Perbuatan tertuduh itu menyebabkan mangsa, Siti Fatimah Ahmad, 60, Daliah Dalil, 63, dan Jamilah Johar, 63, mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM33,800.

Rashimah didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh kemudian dibenarkan ikat jamin RM31,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.

The post Suri rumah didakwa tipu pakej haji, umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Suri rumah didakwa tipu pakej haji, umrah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Suri rumah didakwa tipu pakej haji, umrah"

Back To Top