Gema Semua Maklumat

Harga bilik menghadap Masjidilharam cecah RM285,000 semalam

Harga bilik menghadap Masjidilharam cecah RM285,000 semalam

Pemandangan waktu malam di Masjidilharam, Makkah

MAKKAH, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Kos menginap di hotel lima bintang sepanjang tempoh 10 hari terakhir Ramadan dilapor mencecah SR250,000 (RM285,000) untuk semalam.

Caj itu bagaimanapun memberi kepuasan kepada penginap bilik hotel berkenaan apabila ianya menghadap Masjidilharam.

Bagi bilik lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500). Bilik itu tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun berhampiran dengan masjid.

Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.

Mengulas mengenai kesibukan jemaah , pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).

Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita. Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan teknikal.

Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir. – Agensi

The post Harga bilik menghadap Masjidilharam cecah RM285,000 semalam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga bilik menghadap Masjidilharam cecah RM285,000 semalam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga bilik menghadap Masjidilharam cecah RM285,000 semalam"

Back To Top