Gema Semua Maklumat

London: Polis dedah identiti penyerang

London: Polis dedah identiti penyerang

CARDIFF, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Polis telah mengenal pasti identiti suspek yang merempuh pejalan kaki berhampiran sebuah masjid di Finsbury Park, semalam.

Suspek dikenali sebagai Darren Osborne telah ditahan selepas dipercayai memandu van yang merempuh jemaah yang keluar masjid selepas menunaikan solat Terawih.

Susulan itu, media Britain mendedahkan identiti suspek yang merupakan bapa kepada empat anak.

Sejurus selepas kejadian, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum dia diserahkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan, termasuk membunuh atau cubaan membunuh.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah.

Insiden semalam telah mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain. – Agensi

The post London: Polis dedah identiti penyerang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di London: Polis dedah identiti penyerang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "London: Polis dedah identiti penyerang"

Back To Top