Gema Semua Maklumat

Kebakaran di London: 58 penghuni dikhuatiri terbunuh, 16 mayat dijumpai

Kebakaran di London: 58 penghuni dikhuatiri terbunuh, 16 mayat dijumpai

LONDON, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 58 orang dikhuatiri maut dalam kebakaran dahsyat memusnahkan flat 24 tingkat Grenfell Tower di sini awal pagi Rabu lalu, kata polis sambil menambah operasi mencari mereka yang hilang masih diteruskan.

Setakat ini, polis sudah menemui 16 mayat dan mangsa pertama dikenal pasti sebagai Mohammed Alhajai, 23 tahun.

Operasi pencarian sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan terhadap struktur bangunan yang boleh menjejaskan keselamatan pasukan kecemasan, tetapi kini diteruskan di semua unit di bangunan 24 tingkat itu.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, Komander Polis Metropolitan London, Stuart Cundy berkata, polis kini mendapat maklumat mengatakan 58 penghuni terperangkap di dalam bangunan itu tatkala kebakaran berlaku dan disahkan hilang.

Daripada 58 angka yang diberikannya, beliau mengesahkan 30 penghuni terbunuh, termasuk 16 mayat yang sudah ditemui di dalam bangunan itu.

Beliau turut menyatakan keprihatinan pihak berkuasa yang tidak memandang remeh kebimbangan orang ramai mengenai angka kematian sebenar.

“Anda mendapat jaminan mutlak daripada saya bahawa sebaik mendapat tahu sesuatu yang tepat, saya akan memberitahu anda. Siasatan meluas akan dilakukan, dan saya akan memberikan jawapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejak empat hari lalu polis bertungkus lumus untuk menyediakan maklumat terperinci mengenai jumlah mangsa yang terbunuh, termasuk memberi fokus kepada individu yang dilaporkan berada di dalam bangunan terbabit ketika kebakaran, yang sehingga kini tidak dapat dikesan.

“Berdasarkan apa yang diketahui oleh polis sekarang, amat sedih untuk menyatakan 58 orang telah hilang dan dibimbangi semuanya terbunuh,” katanya.

Katanya, 19 orang dirawat di hospital, termasuk 10 yang berada dalam unit kritikal. Identiti semua yang dirawat itu sudah dikenal pasti. – Agensi

The post Kebakaran di London: 58 penghuni dikhuatiri terbunuh, 16 mayat dijumpai appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kebakaran di London: 58 penghuni dikhuatiri terbunuh, 16 mayat dijumpai
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kebakaran di London: 58 penghuni dikhuatiri terbunuh, 16 mayat dijumpai"

Back To Top