Gema Semua Maklumat

Wanita lambai dari tingkap Grenfell Tower sedang terbakar dikenal pasti

Wanita lambai dari tingkap Grenfell Tower sedang terbakar dikenal pasti

LONDON, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Salah satu imej menakutkan yang sempat dirakamkan ketika api marak membakar Grenfell Tower di sini, menunjukkan seorang wanita menggunakan kain untuk melambai meminta tolong dari tingkap di tingkat 22 flat itu, tatkala kelihatan api di belakangnya.

Wanita itu kini dikenal pasti sebagai Nadia Choucair, yang diisytiharkan hilang bersama lima anggota keluarganya, dalam kebakaran dua hari lalu.

Nadia kelahiran Lubnan, adalah wanita yang dipercayai berdiri berdekatan tingkap unit kediamannya bersama suaminya di tingkat atas flat yang terbakar itu.

Setakat ini, London mengisytiharkan 58 penghuni flat itu dianggap terbunuh dan daripada jumlah itu 16 mayat telah dijumpai.

Selain Nadia, lima anggota keluarganya yang lain dikhuatiri terbunuh, lapor The Telegraph.

Mereka ialah tiga beradik Fatima, Zaynab dan Mierna Choucair berusia tiga, 10 dan 13 tahun, berada di dalam unit kediaman mereka di tingkat 22 bersama ibu bapa mereka Nadia dan Bassem, 38, serta ibu Nadia, Sirra dari Lubnan.

Saudara kepada Choucair, Hisam berkata, beliau percaya imej yang disiarkan itu adalah Nadia yang bekerja sebagai pegawai nurseri di Sekolah Rendah Avondale Park bersama Bassem. – Agensi

The post Wanita lambai dari tingkap Grenfell Tower sedang terbakar dikenal pasti appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wanita lambai dari tingkap Grenfell Tower sedang terbakar dikenal pasti
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Wanita lambai dari tingkap Grenfell Tower sedang terbakar dikenal pasti"

Back To Top