Gema Semua Maklumat

KLIA akan diperbesarkan

KLIA akan diperbesarkan

PUTRAJAYA, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluaskan dalam tempoh tiga tahun akan datang sejajar penambahan semasa kadar penumpang.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, selain memperluaskan KLIA, MAHB turut menjalankan beberapa penambahbaikan ketika ini kerana usia terminal berkenaan sudah mencecah puluhan tahun.

Beliau memaklumkan, pihaknya akan melantik firma perunding yang akan menentukan keperluan cadangan untuk menambah baik infrastruktur termasuk strategi pemasaran lapangan terbang itu.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah menukar konsep tandas di KLIA, memperluaskan surau, menaik taraf sistem bagasi dan tempat meletak kenderaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konsep Baharu Tandas KLIA, di sini hari ini.

Pada masa sama, kata Badlisham, beberapa pelabur antarabangsa turut berminat untuk berkerjasama dengan MAHB dalam usaha membangunkan KLIA sebagai bandar aeropolis.

Beliau memaklumkan, MAHB berpeluang melakukan rundingan akhir dengan tujuh syarikat aeronautik ketika Pameran Udara Antarabangsa Paris 2017 yang bermula Isnin ini di Paris, Perancis, kebanyakannya membabitkan syarikat Eropah.

The post KLIA akan diperbesarkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KLIA akan diperbesarkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KLIA akan diperbesarkan"

Back To Top