Gema Semua Maklumat

Lebih satu perempat penduduk dunia aktif Facebook

Lebih satu perempat penduduk dunia aktif Facebook

NEW YORK, 4 Syawal 1438H, Rabu – Syarikat rangkaian sosial gergasi, Facebook kini mencapai dua bilion pengguna aktif bulanannya bersamaan lebih daripada satu perempat penduduk dunia.

Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya berkata, setakat pagi ini seramai 2 bilion pengguna aktif menggunakan laman sosial terbesar itu.

“Kami membuat kemajuan menghubungkan dunia, dan sekarang mari kita membawa dunia lebih dekat bersama-sama. Ini satu penghormatan untuk perjalanan ini dengan kamu,” katanya.

Diasaskan pada 2004, Facebook mencecah pengguna tertinggi sejak lima tahun lalu.

Meskipun ianya sudah lama diwujudkan, namun rangkaian media sosial itu berkembang memperbaharui sistemnya secara konsisten untuk bersaing dengan pencabar seperti Snapchat dan menyesuaikan mengikut trend teknologi terkini.

Inisiatif itu juga mendorong Facebook mengikut langkah yang sama seperti Netflix, Amazon, dan platform televisyen atas talian hari ini.

Facebook juga bekerjasama dengan teknologi dan media sosial lain seperti Microsoft, Twitter dan Youtube untuk melancarkan anti-keganasan yang bertujuan menghalang penyebaran kandungan pelampau atas talian.- Agensi

The post Lebih satu perempat penduduk dunia aktif Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih satu perempat penduduk dunia aktif Facebook
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih satu perempat penduduk dunia aktif Facebook"

Back To Top