Gema Semua Maklumat

Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih

Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih

KOTA BHARU, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih di masjid, awal pagi tadi.

Mangsa Hamzah Harun, 52, rebah kita sedang berdoa ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit kira-kira jam 4.40 pagi.

Mangsa difahmkan adalah jemaah tetap di masjid berkenaan.

Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya.

The post Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih"

Back To Top