Gema Semua Maklumat

Nahas basikal 8 maut: Perbicaraan bermula 28 Ogos

Nahas basikal 8 maut: Perbicaraan bermula 28 Ogos

JOHOR BHARU, 20 Ramadan1438H, Khamis – Mahkamah Majistret Trafik hari ini menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh perbicaraan terhadap seorang wanita Cina yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, Februari lalu.

Majistret Siti Hajar memaklumkan, tarikh perbicaraan bermula 28 hingga 30 Ogos, diikuti 4 hingga 7 September sebelum disambung pada 28 hingga 30 November, dan seterusnya dari 4 hingga 7 Disember.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor berkata, tarikh berkenaan bagi memudahkan 39 saksi untuk hadir ke mahkamah ekoran sebilangan besar saksi adalah kanak-kanak yang bersekolah.

Peguam Faizal Mokhtar yang mewakili tertuduh, Sam Ka Ting, 22, turut bersetuju dengan cadangan tarikh dikemukakan pihak pendakwaan.

Pada 28 Mac lalu, Ka Ting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik, atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal.

Kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Dalam pada jam 3.30 pagi apabila Ka Ting dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh kumpulan 16 remaja lelaki berbasikal terbabit.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

The post Nahas basikal 8 maut: Perbicaraan bermula 28 Ogos appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nahas basikal 8 maut: Perbicaraan bermula 28 Ogos
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Nahas basikal 8 maut: Perbicaraan bermula 28 Ogos"

Back To Top