Gema Semua Maklumat

Lelaki rempuh jemaah tarawih jerit ‘nak bunuh umat Islam’

Lelaki rempuh jemaah tarawih jerit ‘nak bunuh umat Islam’

CARDIFF, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Lelaki yang merempuh pejalan kaki di Finsbury Park, London dilaporkan mabuk dan dihalau keluar dari sebuah pub pada malam sebelum insiden berlaku.

Berdasarkalan laporan Daily Mail, Darren Osborne menyewa sebuah van dengan harga £80 sehari di South Wales sebelum melakukan rempuhan itu.

Dia memandu van itu menaiki laluan pejalan kaki dan merempuh sekumpulan jemaah Islam yang sedang keluar dari masjid selepas Tarawih.

Menurut saksi, Osborne menjerit ‘saya akan bunuh orang Islam, saya jalankan tugas saya’ ketika dia ditangkap orang ramai.

Semalam, ibunya, Christine Osborne, mengutuk perbuatan anaknya itu manakala adik perempuannya memohon maaf dengan perbuatan abangnya itu.
.
Pengunjung sebuah pub di Hollybush, Pentwyn, Cardiff, berkata Osborne kelihatan sangat mabuk pada malam kejadian.

“Dia bagaikan hilang akal, menyumpah orang Islam dan berkata akan melakukan ‘kerosakan’.

Dalam kejadian itu, Makram Ali, 52, meninggal dunia di depan anak perempuannya berusia 26 tahun. Seorang remaja lelaki 17 tahun koma akibat rempuhan van itu
.
Polis mengesahkan 11 orang cedera, seorang kritikal dan seorang lagi meninggal dunia.

Osborne, mekanik yang menganggur dikatakan mahu membalas dendam terhadap kejadian rempuhan van dan tikaman oleh tiga lelaki Islam di Jambatan London.
-Agensi

The post Lelaki rempuh jemaah tarawih jerit ‘nak bunuh umat Islam’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki rempuh jemaah tarawih jerit ‘nak bunuh umat Islam’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lelaki rempuh jemaah tarawih jerit ‘nak bunuh umat Islam’"

Back To Top