Gema Semua Maklumat

Israel pecah tanah bina penempatan haram Yahudi

Israel pecah tanah bina penempatan haram Yahudi

TEBING BARAT, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Israel memulakan kerja pecah tanah bagi pembinaan penempatan haram baharu Yahudi di Tebing Barat, yang dijajah sejak tahun 1992.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri rejim Zionis itu, Benjamin Netanyahu dengan memberitahu bahawa gerak kerja peca tanah telah bermula semalam.

Katanya, kerja pecah tanah itu adalah bagi pembinaan perumahan Amichai yang menempatkan kira-kira 300 peneroka haram Yahudi.

“Kerja pembinaan bermula hari ini (semalam) seperti mana yang saya janjikan untuk mewujudkan sebuah penempatan baharu,” kata Netanyahu.

Terdahulu, kumpulan Anti-Penempatan Israel, Peace Now mendedahkan bahawa Tel Aviv mempunyai rancangan untuk memperluaskan pembinaan 7,721 unit penempatan sejak Januari, hampir tiga kali ganda berbanding tahun lalu dengan 2,699 unit. – Agensi

The post Israel pecah tanah bina penempatan haram Yahudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel pecah tanah bina penempatan haram Yahudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel pecah tanah bina penempatan haram Yahudi"

Back To Top