Gema Semua Maklumat

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak mula kendali kes 4 Julai 

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak mula kendali kes 4 Julai 

PUTRAJAYA, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dilancarkan hari ini akan mengendalikan kes pertama pada 4 Julai depan. 

Mahkamah khas berkenaan menjadi mahkamah pertama  diwujudkan di negara ini, dan turut menjadi yang pertama di Asia Tenggara. 

Penubuhannya bertujuan mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib berkata,  mahkamah ini mendengar kes-kes yang berlaku di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Walaupun begitu, ia akan diperluaskan secara berperingkat ke semua 13 negeri di seluruh Malaysia. 

“Semestinya, mahkamah ini akan dikendalikan oleh seorang Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan. 

“Bukan itu sahaja, malah mahkamah ini akan turut mempunyai pendakwa raya yang memiliki kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak,” katanya.

The post Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak mula kendali kes 4 Julai  appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak mula kendali kes 4 Julai 
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak mula kendali kes 4 Julai "

Back To Top