Gema Semua Maklumat

Tubuh juga RCI untuk 1MDB, kata PAS

Tubuh juga RCI untuk 1MDB, kata PAS

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Ramadan 1438H, Khamis – PAS menyarankan supaya kerajaan menubuhkan juga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti itu menyambut baik keputusan Kabinet menubuhkan RCI untuk siasatan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, namun mahu tindakan sama dibuat ke atas kes 1MDB.

Katanya, penubuhan RCI akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi mengikut Akta 119.

“Sikap PAS daripada awal lagi supaya RCI ditubuhkan untuk siasat 1MDB. Isu 1MDB yang tidak berkesudahan sehingga Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz terpelanting dalam kerajaan dan parti.

“Pejabat SPRM, pejabat Peguam Negara bertukar orang. Pihak Datuk Seri Najib dan anggota Kabinet lebih sibuk menjawab isu 1MDB, DoJ dan sebagainya, sehingga hilang fokus untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Idris berkata, budaya pihak kerajaan hanya berani menyiasat skandal apabila individu itu tidak mempunyai kuasa lagi, dan menyifatkan ia sebagai sikap yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat serta negara.

“Apakah RCI untuk 1MDB akan ditubuh apabila Datuk Seri Najib tidak ada kuasa? Sedangkan rakyat diajak berpolimik sama.

“Hancur negara dan rakyat jika stail ini berterusan,” katanya.

The post Tubuh juga RCI untuk 1MDB, kata PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tubuh juga RCI untuk 1MDB, kata PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tubuh juga RCI untuk 1MDB, kata PAS"

Back To Top