Gema Semua Maklumat

Nahas di Jempol: Pemandu treler direman empat hari

Nahas di Jempol: Pemandu treler direman empat hari

JEMPOL, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang meragut lapan nyawa di KM25 Jalan Bahau-Keratong semalam, direman empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritenden Noorzainy Mohd Noor berkata Norzailan Omar, 44, direman bagi membantu siasatan.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan rumah mayat Hospital Jempol di sini, beliau berkata, treler berkenaan dan tiga kereta yang terbabit akan dihantar ke Puspakom dalam masa terdekat untuk siasatan punca kemalangan.

Tiga kereta itu ialah Proton Exora yang terperosok di bawahnya dan terbakar menyebabkan enam orang di dalamnya rentung, selain Perodua Myvi dan Toyota Vios.- Bernama

The post Nahas di Jempol: Pemandu treler direman empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nahas di Jempol: Pemandu treler direman empat hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Nahas di Jempol: Pemandu treler direman empat hari"

Back To Top