Gema Semua Maklumat

Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia

Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia

BANGI, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Kerajaan negeri Sarawak menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri memikirkan penyertaan itu tidak perlu kerana ia bertindih dengan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri setahun jagung.

Nazri membuat kenyataan itu selepas Abdul Karim menggesa kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

“Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah,” sindir Nazri.

The post Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia"

Back To Top