Gema Semua Maklumat

Naib Presiden MIC dilantik semula Speaker Dewan Negara

Naib Presiden MIC dilantik semula Speaker Dewan Negara


KUALA LUMPUR, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Naib Presiden MIC, Datuk S A Vigneswaran mengangkat sumpah sebagai senator dan dilantik semula sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Pelantikan itu adalah untuk penggal kedua bagi tempoh tiga tahun. 

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di depan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abd Halim Abd Samad di Dewan Negara.

Vigneswaran berkata, beliau akan memperkasakan fungsi Dewan Negara agar terus kekal relevan untuk dijadikan platform perbincangan permasalahan rakyat.

Malah, katanya, ahli Dewan Negara dapat membentangkan sebarang isu dengan lebih teliti berikutan tempoh masa yang diberikan panjang.

“Dalam Dewan Rakyat ada 222 Ahli Parlimen, Dewan Negara maksimum ada 70 Senator… Saya juga berharap semua pihak (di Dewan Negara) akan bekerjasama, terus berusaha bagi memantapkan dan memperkasakan Dewan Negara,” katanya.

The post Naib Presiden MIC dilantik semula Speaker Dewan Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Naib Presiden MIC dilantik semula Speaker Dewan Negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Naib Presiden MIC dilantik semula Speaker Dewan Negara"

Back To Top