Gema Semua Maklumat

Buli sampai mati

Buli sampai mati

TETAK sampai mati oleh sekumpulan remaja – isu motorsikal di bakar.

Seterika sampai mati oleh sekumpulan pelajar – isu laptop hilang.

Kita sedang melihat satu gejala yang berasal dari satu punca yang sama.

Saya bertanya para pelajar saya sewaktu tutorial Fisiologi, yang saya rasa lebih dekat dan satu generasi dengan pelaku. Mereka sependapat mengatakan “video game”. “Video game” memperlihatkan perbuatan yang ganas, tetapi sisi ganas itu tidak sepadan dengan kecederaan yang boleh berlaku. Perbuatan ganas dalam permainan, memperlihatkan mangsa atau hero yang kental, dipukul bertubi- tubi tetap bangun balik menghadapi serangan. Tiada paparan pendarahan, lecuran, lebaman. Maka di ulang semula segala aksi ini.

Dan dibawa ke alam realiti.

Filem paparan aksi ganas juga menyumbang.

Remaja-remaja ini, pelajar2 ini barangkali ‘underestimate’ kesan pukulan ke kepala. Ia boleh menyebabkan pendarahan salur darah di kepala. Berapa kuat? Berapa kali? Dalam amukan beramai – ramai itu, pukulan lemah berulangkali sudah cukup menggegarkan otak, menyebabkan salur darah pecah, manakala cukup satu pukulan padu kuat untuk mengambil nyawa seseorang. Kecederaan di kepala tidak semestinya manifestasi dengan pendarahan yang banyak.

Mereka juga ‘understimate’ pendarahan dalaman organ dalaman badan. Pukulan, tendangan mungkin tidak menampakkan pendarahan di luar badan, tetapi organ penting dalaman boleh tercedera teruk seperti hati, usus dan bila salur darah di bahagian perut (abdomen) pecah. Jangan di buat gurauan menumbuk bahagian – bahagian ini.

Menetak. Bila tetakan itu kena pada salur darah utama, maka kehilangan darah berlaku. Kehilangan darah lebih 40% jumlah darah manusia (ikut ketinggian dan berat badan, lazimnya manusia mempunyai 4-5 liter darah dalam badan) akan menyebabkan satu keadaan ‘shock’ atau di mana organ lain seperti jantung, sudah tidak berupaya lagi untuk “cope” atau menampung akibat kehilangan darah ini, maka satu demi satu organ penting terpaksa ‘shut down ‘, akur, ketidakcukupan darah untuk mereka berfungsi.

Lecuran. Kulit adalah organ terbesar badan kita. Bagi orang dewasa normal, berat kulit sahaja lebih kurang 3.5-3.6 kg dan luas permukaan dalam 22 kaki persegi (2 meter persegi). Ia adalah pertahanan badan yang pertama sebelum kita bercakap tentang antibodi, sel darah putih dll. Pagar yang mengawasi kita. Lapisan pagar yang mengawasi agar air dalam tubuh tidak sewenang-wenangnya hilang dari badan.

Agar kuman tidak mudah masuk dalam sistem badan. Maka bila fungsi ia sebagai pertahanan pertama dirosakkan oleh kecederaan lecuran , terlalu banyak yang terjejas. Dari luar nampak hanya kulit melecur, tapi kesannya, jika % lecuran sehingga memusnahkan lapisan dermis dan epidermis, sama seperti manusia yang berhari- hari tidak minum. Dehidrasi. Kerana kesan lecuran merosakkan salurdarah, sehingga ia memudahkan air keluar dari salur darah.

Sudah sampai masanya kita mengekang punca – punca keganasan ini secara serius. Mungkin ada beberapa lagi faktor lain yang turut menyumbang seperti latar belakang pembuli dan sikap amarah tak terkawal, namun faktor aksi-aksi ganas di kaca komputer, HP dan TV tidak dapat kita nafikan melihat aksi buli yang tidak berperikemanusiaan yang kita saksikan dewasa ini.

Ibubapa perlu memantau atau mencegah ketaksuban anak – anak kepada “video game”, galakkan pergaulan sihat “offline” dengan sahabat2 yang kita kenali, galakkan mereka menyertai aktiviti kesukarelawan agar memupuk rasa perikemanusiaan. Rasa perikemanusiaan ini, sekurang – kurangnya tidak mewujudkan golongan “bystander”, yang melihat sahaja pihak lain membuli tanpa mengambil tindakan tegas.

Kerajaan juga harus ada polisi tegar mengawal kemasukan filem berbentuk keganasan berkumpulan, baik filem tempatan maupun luar negeri.

Kita tidak mahu di kalangan remaja kita menyangka, mangsa mereka cukup kuat seperti watak di dalam ‘video game’ menghadapi serangan demi serangan dalam melayan nafsu amarah mereka.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

The post Buli sampai mati appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buli sampai mati
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Buli sampai mati"

Back To Top