Gema Semua Maklumat

Pangsapuri 24 tingkat di London terbakar

Pangsapuri 24 tingkat di London terbakar

LONDON, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Menara pangsapuri 24 tingkat, Grenfell Tower di Latimer Road, West London, terbakar dan kerja menyelamat penghuni dan memadam kebakaran sedang dilakukan.

Media Britain melaporkan, penghuni blok pangsapuri itu terperangkap pada awal pagi Rabu.

Menurut The Guardian, pangsapuri berkenaan menempatkan lebih 200 penghuni.

The Daily Mail pula melaporkan, kebakaran merebak sehingga ke tingkat lima dan ia mencabar keupayaan pasukan bomba untuk mengawal api.

Usaha juga dilakukan untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap di aras yang tinggi menggunakan selimut dan tali.

Pasukan bomba London berkata, 40 jentera dengan 200 anggota telah dikerahkan ke Menara Grenfell di Jalan Latimer, White City.

Terkini, sekurang-kurangnya 30 mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Kami mengesahkan sudah membawa 30 pesakit ke lima hospital,” kata jurucakap Perkhidmatan Ambulan London. – Agensi

The post Pangsapuri 24 tingkat di London terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pangsapuri 24 tingkat di London terbakar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pangsapuri 24 tingkat di London terbakar"

Back To Top