Gema Semua Maklumat

Bekas Exco Johor, anak lelakinya mengaku tidak bersalah

Bekas Exco Johor, anak lelakinya mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Bekas Exco Johor, Datuk Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.78 juta.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Abdul Latif, 51, berdepan 13 pertuduhan melibatkan nilai RM15.79 juta, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25, didakwa dengan empat pertuduhan dengan nilai RM735,000, sementara Amir
Shariffuddin Abd Raub, 44, didakwa dengan empat pertuduhan bernilai RM17.455 juta.- Bernama

The post Bekas Exco Johor, anak lelakinya mengaku tidak bersalah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bekas Exco Johor, anak lelakinya mengaku tidak bersalah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bekas Exco Johor, anak lelakinya mengaku tidak bersalah"

Back To Top