Gema Semua Maklumat

Pemandu treler terbabit nahas lapan maut didakwa esok

Pemandu treler terbabit nahas lapan maut didakwa esok

JEMPOL, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 4 kenderaan di KM25 Jalan Bahau–Keratong, akan didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu, esok.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan 8 orang daripada 2 keluarga terkorban, manakala seorang lagi cedera.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki 6 sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan semua mangsa rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan isterinya Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. -Bernama

The post Pemandu treler terbabit nahas lapan maut didakwa esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemandu treler terbabit nahas lapan maut didakwa esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemandu treler terbabit nahas lapan maut didakwa esok"

Back To Top