Gema Semua Maklumat

Harga RON95, RON97 turun 7 sen

Harga RON95, RON97 turun 7 sen

BANGI, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Harga runcit siling bahan api bermula tengah malam ini akan mengalami penurunan untuk kesemua jenis minyak.

Menerusi harga baharu yang diumumkan petang ini, harga siling produk RON95 menjadi RM1.98 seliter, iaitu turun 7 sen berbanding sebelumnya RM2.05 seliter.

Manakala harga siling untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.24 seliter, juga turun sebanyak 7 sen berbanding sebelumnya RM2.31 seliter.

Selain itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel pula diumumkan RM1.88 seliter, iaitu turun sebanyak 6 sen berbanding minggu lalu RM1.98 seliter.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 15 Jun sehingga 11. 59 malam 21 Jun depan.

The post Harga RON95, RON97 turun 7 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga RON95, RON97 turun 7 sen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga RON95, RON97 turun 7 sen"

Back To Top