Gema Semua Maklumat

Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000

Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000

ALOR SETAR,19 Ramadan 1438H, Rabu –Seramai 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Exco Kedah yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman, hari ini.

“Bonus itu akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini.

“Kerajaan negeri berharap bantuan khas ini akan meringankan beban dan seterusnya memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri penjawat awam di negeri ini pada tahun ini,” katanya. -Bernama

The post Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000"

Back To Top