Gema Semua Maklumat

Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya

Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya -

RABU, 14 JUN 2017 @ 3:02 PM 
6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan 
Oleh Siti Nurazlinee Azmi dan Farah Mashitah Abdul Patah bhnews@bh.com.my 

KUALA LUMPUR: Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Mei lalu. 

Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. 

Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat. 

Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. 

Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
MANGSA mati didera, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain (tengah).

* Aku takyah komen, aku letakkan komen anakku

Oooo inilah dia rupa pembunuh2nya. Alhamdulillah dh kene dakwa pun. Hopefully justice prevails. Let this set an example for all gangster-mafia-wannabes out there. Allah dh bg akal tu pakailah, jgn pakai tapak kaki untuk berfikir. Sijil berkajang besar poncho pun x guna kalau otak letak kat tapak kaki.


Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya"

Back To Top