Gema Semua Maklumat

Pihak berkuasa kena berhenti patuh kepada kemungkaran ketika siasat 1MDB

Pihak berkuasa kena berhenti patuh kepada kemungkaran ketika siasat 1MDB

BANGI, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Bukan sahaja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memalukan dan menjejaskan nama baik Malaysia, yang paling utama ialah apakah pihak berkuasa Malaysia begitu lemah dalam menyiasat dan membongkar skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan negara itu.

Persoalan ini dibangkitkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas tindakan terbaharu Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang mengemukakan saman sivil kali kedu bagi merampas aset individu dan syarikay yang dituduh dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Beliau mempersoalkan bagaimana DoJ mampu menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan begitu teliti, manakala siasatan terhadap 1MDB di dalam negara pula tidak mendatangkan apa-apa hasil.

“Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Ibrahim yang percaya pasukan penyiasatan Malaysia jauh lebih berkemampuan daripada DoJ berkata, polis Malaysia cemerlang dalam tugas mengesan kegiatan dan kehadiran pengganas, pastinya mampu mengendalikan kes 1MDB.

“SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB. Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai.

“Keempat-empat pasukan ini semestinya lebih mampu daripada DoJ, tapi malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut.

“PAS berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB. Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil,” katanya.

The post Pihak berkuasa kena berhenti patuh kepada kemungkaran ketika siasat 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pihak berkuasa kena berhenti patuh kepada kemungkaran ketika siasat 1MDB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pihak berkuasa kena berhenti patuh kepada kemungkaran ketika siasat 1MDB"

Back To Top