Gema Semua Maklumat

Puasa untuk Malaysia anjuran LGBT satu strategi jahat pihak liberal: Isma

Puasa untuk Malaysia anjuran LGBT satu strategi jahat pihak liberal: Isma

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyifatkan penganjuran program ‘Puasa for Malaysia’ yang dijadual diadakan pada 17 Jun ini sebagai satu strategi jahat pihak-pihak yang ingin meliberalkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, penganjuran program yang kononnya diadakan atas semangat solidariti bagi memupuk perpaduan dan keamanan selain menggalakkan persefahaman antara kaum di negara ini, sudah pasti mempunyai agenda tersembunyi yang mahu disampaikan.

Mengulas lanjut perkara itu, Aminuddin berkata, tidak bercampur antara kebaikan dan keburukan dalam satu bakul.

“Amalan soleh yang bertujuan untuk mendapat keredaan Allah tidak boleh bercampur dengan tujuan-tujuan lain.

“Apatah lagi kalau ianya dianjurkan oleh golongan-golongan LGBT yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“LGBT sendiri adalah haram apakah mungkin orang ini nak anjur perkara Islamik. Tak masuk akal. Mesti ada agenda tersembunyi yang ingin di war-warkan

“Isma menggesa program ini dihentikan dan tidak dibenarkan lagi untuk diadakan pada masa-masa hadapan,” tegasnya.

Program tersebut mula tersebar di media sosial melalui satu jemputan yang mengajak rakyat Malaysia menahan lapar dan dahaga pada 17 Jun ini.

Difahamkan, jemputan itu terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama, mengajak orang ramai menyertai kempen ‘Puasa for Malaysia’ (Puasa untuk Malaysia).

Bagaimanapun, terdapat laporan mendakwa kempen ‘Puasa untuk Malaysia 2017’ merupakan anjuran seorang pejuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang paderi yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan melibatkan belia-belia Islam.

The post Puasa untuk Malaysia anjuran LGBT satu strategi jahat pihak liberal: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Puasa untuk Malaysia anjuran LGBT satu strategi jahat pihak liberal: Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Puasa untuk Malaysia anjuran LGBT satu strategi jahat pihak liberal: Isma"

Back To Top