Gema Semua Maklumat

Putera Mahkota UAE gesa Amerika bom Al Jazeera

Putera Mahkota UAE gesa Amerika bom Al Jazeera

Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan. – Gambar Reuters

Maklumat diplomati disiarkan Wikileaks merujuk kepada Mohammed bin Zayed meminta stesen televisyen satelit berpangkalan di Qatar dibom

DOHA, 5 Syawal 1438H, Khamis – Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) meminta Amerika Syarikat (AS) mengebom stesen televisyen satelit berpangkalan di Doha, Al Jazeera, sebagaimana AS menceroboh Iraq.

Maklumat diplomatik mendedahkan secara terperinci perbualannya dengan pegawai atasan Jabatan Negara AS.

Menurut maklumat itu, Mohammed bin Zayed mengingatkan Richard Hass mengenai perbualan bapanya, Sheikh Zayed dan Amir Qatar, Hamad Al-Thani, di mana Hamad mengadu bahawa Mohammed meminta AS mengebom Al Jazeera.

Menurut Mohammed, bapanya secara tegas membalas ‘adakah anda menyalahkan beliau’?

Dalam ulasannya yang dibuat ketika AS menceroboh Iraq, Mohammed memberi amaran bahawa kemarahan orang ramai boleh tercetus berhubung serangan itu, menerusi laporan stesen televisyen berkenaan dan menyarankan AS menggunakan pengaruhnya untuk mengekang Al Jazeera.

Menurut laporan itu, Mohammed menekankan perlunya AS dan rakyat Qatar terbabit untuk menghalang Al Jazeera.

Pada April 2003, pejbat Al Jazeera di Baghdad dibom oleh Amerika, membunuh seorang kakitangannya dan mencederakan yang lain, walaupun, Pusat Pemerintah AS memberitahu BBC News bahawa stesen televisyen itu tidak pernah menjadi sasaran. Pada 2001, AS juga mengebom pejabat Al Jazeera di Kabul.

Kenyataan terbaharu Mohammed itu menunjukkan persengketaan berterusan antara Qatar dan UAE berkaitan Al Jazeera, semakin menyala selepas Arab Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik serta memboikot Qatar dan memaksa Doha menutup rangkaian stesen televisyen itu.

Minggu lalu Riyadh menyenaraikan 13 tuntutan terhadap Qatar, termasuk menutup Al Jazeera, menghentikan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin dan Hamas serta menutup pangkalan tentera Turki di luar Doha. – Agensi

The post Putera Mahkota UAE gesa Amerika bom Al Jazeera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Putera Mahkota UAE gesa Amerika bom Al Jazeera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Putera Mahkota UAE gesa Amerika bom Al Jazeera"

Back To Top