Gema Semua Maklumat

Qatar tak akan berunding selagi sekatan tidak ditarik balik

Qatar tak akan berunding selagi sekatan tidak ditarik balik

DOHA, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Qatar tidak akan berunding dengan negara-negara Arab yang telah memutuskan hubungan dengannya melainkan mereka menarik balik langkah sekatan yang dikenakan terhadapnya.

“Qatar berada di bawah sekatan, tidak ada rundingan, mereka perlu mengatasi sekatan itu untuk memulakan rundingan.

“Hingga kini kita tidak melihat apa-apa kemajuan mengenai penarikan sekatan itu, iaitu prasyarat bagi apa-apa keputusan untuk bergerak ke hadapan,” kata Menteri Luar Negerinya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani kepada pemberita pada hari Isnin, yang memutuskan perbincangan mengenai hal ehwal dalaman Qatar, termasuk nasib rangkaian media Al-Jazeera.

Bercakap dari ibu kota Doha, menteri itu berkata, Qatar masih belum menerima apa-apa tuntutan dari Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, yang memutuskan hubungan dua minggu yang lalu, yang menyebabkan krisis negara Teluk yang paling buruk sejak bertahun-tahun.

Apa-apa perkara yang berkaitan dengan urusan keenam-enam negara Kerjasama Teluk adalah tertakluk kepada perundingan, katanya, merujuk kepada badan yang terdiri daripada Qatar, Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait dan Oman.

Menteri itu berkata, penguasa Kuwait adalah pengantara tunggal dalam krisis itu dan beliau sedang menunggu tuntutan khusus dari negara-negara Teluk untuk mengambil langkah penyelesaian ke depan.

Krisis ini menjejaskan perjalanan awam dan beberapa aktiviti import makanan.

Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan eksport tenaga dari Qatar, pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar dunia.

Menteri itu berkata, Qatar akan bergantung kepada negara lain jika boikot itu berterusan, termasuk saingan serantau Arab Saudi, Iran.

“Kami mempunyai pelan cadangan yang bergantung terutamanya kepada Turki, Kuwait dan Oman.

“Iran telah memudahkan kami untuk laluan udara untuk penerbangan kami dan kami bekerjasama dengan semua negara yang dapat memastikan bekalan untuk Qatar,” katanya. – Agensi

The post Qatar tak akan berunding selagi sekatan tidak ditarik balik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Qatar tak akan berunding selagi sekatan tidak ditarik balik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Qatar tak akan berunding selagi sekatan tidak ditarik balik"

Back To Top