Gema Semua Maklumat

Kementerian bakal perkenal modul latihan untuk guru tangani buli

Kementerian bakal perkenal modul latihan untuk guru tangani buli

PADANG TERAP, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk memperkenalkan modul latihan menangani gejala buli bagi semua guru.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia adalah langkah penting untuk membantu semua guru mengendalikan kes buli, tidak kira fizikal atau siber.

Katanya, kes-kes buli dilihat menjadi tanggungjawab guru kaunseling dan disipilin. Oleh itu, kementerian mempertimbangkan untuk memperluas latihan kepada guru-guru lain di sekolah supaya dapat menangani masalah itu.

“Buli menjadi lebih canggih sejak bertahun-tahun. Itulah sebabnya kita memerlukan pendekatan baharu untuk menanganinya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam masa sama, Mahdzir turut menggesa pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memainkan peranan yang lebih aktif menangani gejala tersebut.

“Kita juga mungkin mempertimbangkan untuk memperkenal prosedur operasi standard (SOP) kepada semua sekolah dalam menangani kes buli,” katanya.

The post Kementerian bakal perkenal modul latihan untuk guru tangani buli appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian bakal perkenal modul latihan untuk guru tangani buli
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kementerian bakal perkenal modul latihan untuk guru tangani buli"

Back To Top