Gema Semua Maklumat

Salah urus mayat mualaf: Tindakan tatatertib jika kakitangan cuai

Salah urus mayat mualaf: Tindakan tatatertib jika kakitangan cuai

JOHOR BHARU, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Kementerian Kesihatan belum membuat keputusan berhubung isu kesilapan menguruskan mayat seorang mualaf, Hassan Abdullah, 74, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya belum berbincang sama ada mahu membayar ganti rugi atau sebaliknya kepada keluarga mualaf, yang mayatnya tersilap diuruskan mengikut agama Buddha.

Jelas beliau, buat masa sekarang pihaknya telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud kecuaian kakitangan di bilik mayat Hospital Kajang.

Katanya, jika didapati ada kakitangan bersalah atau cuai menjalankan kerjanya, tindakan tatatertib akan diambil oleh pihak kementerian.

“Pihak kementerian mengakui kesilapan berhubung perkara ini dan sudah memohon maaf kepada waris individu terbabit, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana sudah membuat pembaharuan terhadap garis panduan penyerahan mayat susulan kejadian sama yang pernah berlaku sebelum ini.

“Namun, kejadian yang sama kini berulang disebabkan kecuaian pihak mengendalikan urusan penyerahan jenazah berkenaan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan jenazah Hassan Abdullah atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San, telah diuruskan mengikut agama Buddha.

Hassan Abdullah adalah waris tunggal yang menganut Islam dalam keluarganya dan ketika hayatnya menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang, Selangor.

Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Hospital Kajang mengesahkan bahawa berlaku kesilapan penyerahan mayat manakala siasatan terperinci kini sedang dijalankan oleh pihak terbabit.

The post Salah urus mayat mualaf: Tindakan tatatertib jika kakitangan cuai appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Salah urus mayat mualaf: Tindakan tatatertib jika kakitangan cuai
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Salah urus mayat mualaf: Tindakan tatatertib jika kakitangan cuai"

Back To Top