Gema Semua Maklumat

Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban

Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban

KUANTAN, 20 Ramadan 1438H, Khamis –  Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pagi tadi disahkan terkorban.

Juruterbang berkenaan ialah Mejar Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Mayat mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, sebentar tadi.

Pesawat Hawk 108 itu didapati hilang selepas terputus hubungan pada jam 11.30 pagi, setengah jam setelah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan.

Pesawat itu hilang semasa terbang di sempadan Terengganu dan Pahang di utara Kuantan.

The post Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban"

Back To Top