BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Terima kasih kepada semua yang memberi pendapat dan doa. Saya selamat. Alhamdulillah, kata pelajar ijazah sarjana di King College London, mengulas serangan pengganas menggunakan kereta dekat jambatan Londo, semalam yang mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 47 yang lain.
Menulis dalam laman Facebooknya, Siti Farhana Sheikh Yahya yang tinggal berhampiran jambatan itu bersyukur kerana ketika kejadian beliau berada di dalam bilik dan hanya menyaksikan usaha dilakukan selepas kejadian.
“(Kejadian) ini tidak ok dan mesti dihentikan. Doa untuk semua yang terjejas akibat serangan ganas yang mengerikan ini. Kepada orang ramai yang tinggal di kawasan itu, pastikan semuanya selamat dan berwaspada,” katanya.
Memetik laporan Star Online pula, Siti Farhana berkata, ketika di dalam biliknya beliau mendengar suasana huru-hara di bahagian luar, sebelum mendapat tahu bahawa satu serangan perngganas berlaku betul-betul di luar apartment tempat tinggalnya dan kira-kira 300 meter dari biliknya.
Rumahnya terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari jambatan London dan Borough Market, dua lokasi di mana berlakunya serangan pengganas, malam semalam.
“Semuanya berlaku betul-betul di depan rumah saya. Sekarang ada kereta polis dan dari tempat saya ini, semuanya dapat didengari.
“Saya dapat mendengar bunyi helikopter dan dua letupan kuat. Saya tak pasti ia bunyi apa dan saya takut untuk tahu apa yang berlaku,” katanya.
Di atas jalan, berlaku kejadian di mana sebuah van putih melanggar beberapa pejalan kaki di sebelah selatan jambatan London.
Tiga lelaki dikatakan keluar dari van itu dan berlari ke arah Borough Market. Mereka mula menikam orang ramai yang sedang berhibur pada malam minggu.
“Ia berlaku kira-kira jam 10 atau 11 malam. Saya baru sahaja selesai berbuka puasa dan berada di rumah sendirian. Saya melihat melalui tingkap anggota polis mengelilingi kawasan itu dan saya fikir mereka telah menahan seorang lelaki di lorong hadapan rumah saya.
“Saya dengar polis menjerit mengarahkan seorang lelaki mengangkat tangan dan kemudian saya nampak bercakap-cakap dengannya. Kereta polis ada di mana-mana. Borough Market, di mana kejadian tikam berlaku berlaku, juga terletak di depan rumah saya,” katanya.
The post Serangan London berlaku depan rumah saya, kata pelajar Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Serangan London berlaku depan rumah saya, kata pelajar Malaysia
0 Komentar untuk "Serangan London berlaku depan rumah saya, kata pelajar Malaysia"