Gema Semua Maklumat

SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri

SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR,19 Ramadan 1438H, Rabu – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Aidilfitri yang disambut pada 25 Jun ini.

Pengguna boleh menikmati diskaun itu seminggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri berkuat kuasa pada 17 Jun (6 pagi) sehingga 18 Jun (6 pagi) dengan hanya RM2.70 dari kadar biasa iaitu RM3.00, bagi laluan masuk dan keluar ke Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman berkata, pemberian diskaun itu adalah cara syarikat berkenaan menunjukkan penghargaan kepada pelanggannya.

“SMART sering digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya untuk ke pusat bandar. Kami juga ingin memudahkan orang ramai membeli-belah pada saar akhir sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.

The post SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri"

Back To Top