Gema Semua Maklumat

SPRM rekod kenyataan Isa Samad esok

SPRM rekod kenyataan Isa Samad esok

BANGI,25 Ramadan 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad bagi merekod kenyataannya.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki hari ini, sebagaimana yang dilapor portal The Star.

Beliau berkata, Mohd Isa akan berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok, sekitar jam 10 pagi.

Semalam, Mohd Isa mengumumkan pengunduran sebagai pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan bahawa Mohd Isa mengundurkan diri bagi memenuhi lantikan baru di sebuah agensi kerajaan dan untuk memberi tumpuan kepada hal-hal peribadi.

Susulan itu, FGV dan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Pejabat PM turut mengumumkan Mohd Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

The post SPRM rekod kenyataan Isa Samad esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM rekod kenyataan Isa Samad esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM rekod kenyataan Isa Samad esok"

Back To Top