Gema Semua Maklumat

Tarbiah penyelesaian terbaik tangani buli

Tarbiah penyelesaian terbaik tangani buli

SUNGAI PETANI, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Proses tarbiah yang seimbang dan berterusan mampu menjadi penyelesaian dalam menangani masalah buli di kalangan remaja serta golongan muda.

Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) cawangan Sungai Petani, Aiman Rosli berkata, proses tarbiah menyeluruh termasuk mental, rohani dan fizikal akan menyentuh kepelbagaian latar belakang peribadi remaja.

“Jika dilihat dalam kes buli di UPNM tersebut, antara tindakan yang mendorong mereka untuk melakukan penyeksaan terhadap mangsa adalah susulan daripada kata-kata bomoh yang dirujuk mereka yang mendakwa mangsa adalah pencuri laptop yang hilang.

“Sekiranya mereka pernah melalui satu proses tarbiah yang baik dan berterusan, sudah pasti aspek syirik dalam meminta pandangan daripada tukang tilik atau bomoh akan diterangkan dan ini mungkin mengubah cara fikir mereka dalam merujuk atau menyelesaikan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes kematian pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman yang menggemparkan negara, baru-baru ini.

Katanya, bentuk penyelesaian seperti saluran hotline kepada mangsa atau hukuman tegas ke atas pelaku hanyalah mekanisme bersifat merawat, berbanding proses tarbiah.

“Solusi merawat ini perlu dikekalkan tetapi perlu dilengkapi dengan pelaksanaan proses tarbiah pada skala kecil yang akan membuka ruang interaksi yang efektif antara murabbi (pelaksana tarbiah) dengan golongan anak muda yang melalui proses tersebut.

“Pembina Sungai Petani, sebagai salah sebuah cawangan kepada Pembina, telah meletakkan aspek tarbiah terhadap golongan belia sebagai antara fokus utama aktivisme Pembina Sungai Petani,” katanya.

The post Tarbiah penyelesaian terbaik tangani buli appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tarbiah penyelesaian terbaik tangani buli
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tarbiah penyelesaian terbaik tangani buli"

Back To Top