Gema Semua Maklumat

Terserah kepada SPRM buat siasatan: Isa Samad

Terserah kepada SPRM buat siasatan: Isa Samad

PUTRAJAYA, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Bekas Pegerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan menentukan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya.

Beliau dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid hadir di ibu pejabat SPRM di sini sejak pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap FGV.

Isa dan isteri tiba jam 9.40 pagi tadi dan keluar pada jam 2 petang, selepas lebih empat jam memberikan keterangan.

Ditanya, mengapa isterinya turut dipanggil memberi keterangan, Isa memberitahu bahawa ia perkara biasa dan tidak perlu dipersoalkan.

Isnin lalu, Mohd Isa mengumumkan pengunduran sebagai pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan bahawa Mohd Isa mengundurkan diri bagi memenuhi lantikan baru di sebuah agensi kerajaan dan untuk memberi tumpuan kepada hal-hal peribadi.

Susulan itu, FGV dan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

The post Terserah kepada SPRM buat siasatan: Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terserah kepada SPRM buat siasatan: Isa Samad
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Terserah kepada SPRM buat siasatan: Isa Samad"

Back To Top